Keadaan ekonomi negara kita ketika ini amat buruk dan jelek sekali, yang mana keadaan seperti ini kita tidak pernah alami sebelum ini, Kita beranggapan sebelum ini, zaman Abdullah Badawi mentadbir negara kita ini adalah merupakan zaman yang paling teruk kerana pentadbiran negara diserahkan bulat-bulat kepada para menteri.
Tetapi rupa-rupanya seteruk-teruk pemerentahan Abdullah Badawi, ianya tidaklah seteruk keadaan yang sedang kita alami sekarang ini dibawah pentadbiran Najib. Memang diakui Najib itu seorang yang rajin bekerja, tetpi kerjanya menghabiskan duit negara dan menyusahkan rakyat semua.
Dan keadaan itu menyebabkan semakin ramai rakyat yang hilang kepercayaan terhadap najib dan yakin bahawa UMNo akan berkubur dibawah Najib, kalau tidak ada mana-mana pihak dalam UMNo bertindak segera menyingkirkan Najib dari kepimpinan negara ketika ini. Sesungguhnya Najib adalah merupakan suatu bebanan yang amat besar kepada UMNO dan faktor Najib adalah merupakan penyumbang utama kepada kekalahan UMNo dalam Pilhanraya Umum yang akan datang nanti
Akhirnya ramai yang saya temui mengakui bahawa keedaan ekonomi negara yang meruncing dan membebankan rakyat semua di negara ini, menjadi suatu igauan dan menimbulkan ketakutan kepada sesiapa sahaja sama ada kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ataupun kepada penyokong-penyokong UMNo sendiri.
Penyataan ini mungkin mendapat reaksi negatif yang tidak menyenangkan bagi mereka yang masih didalam ‘state of denial’ dan pihak-pihak yang tidak mahu mendengar cerita-cerita buruk.
Menyedari tentang kelemahan pentadbiran Najib inilah maka timbullah keinginan pihak-pihak tertentu yang ingin menyelamatkan UMno yang menyedari penolakan rakyat umum terhadap UMNo dimana rakyat umum semakin jelek, muak dan marah dengan sikap pemimpin-pemimpin negara mengutamakan kroni, menutup kes rasuah, berprofail tinggi, melakukan penyelewengan, sikap tidak prihatin terhadap gejala sosial yang bermaharajalela, dan sebagainya.
Oleh itu golongan yang ingin menyelamatkan kedudukan kritkal UMNo itu berusaha untuk melihat PAS dan UMNO duduk dimeja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu Melayu dan perpaduannya.
Muhyiddin nampaknya menyambut baik cadangan perpaduan itu. Muhyiddin mungkin sudah menyedari keadaan UMNO yang tenat dan lemah untuk berhadapan dengan PAS masa PRU yang ke-13 nanti menerima cadangan itu dengan baik untuk mengurangkan tekanan kepada UMNO yang sedang dalam kekeliruan kerana berhadapan dengan banyak isu.
Tetapi disebaliknya Najib pula berkata rundingan itu tidak perlu kerana UMNO sedang bertambah kuat dan beliau seolah-olah tidak nampak yang UMNO pimpinannya sudah hampir terjerumus kedalam keaiban jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini.
Pemikiran Muhyiddin dengan Najib memang jelas tidak selari dan tidak sehaluan. Dimana-mana orang ramai menyedari hakikat ini dan mereka menganggap itu adalah satu fenomena yang merbahaya bagi parti apatah lagi dalam keadaan sekarang ini.
Mendengar kata-kata Najib dan Muhyiddin yang menunjukkan perbezaan pandangan dan nilainya membuatkan orang ramai keliru, apatah lagi dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri.
Saya bukan bermaksud untuk menyokong perbincangan dengan PAS kerana PAS dan UMNO pastinya tidak akan berjaya duduk bersama. Tetapi yang merunsingkan ialah Najib menjawab dengan kata-kata yang tidak benar tanpa menyedari hakikat yang sebenarnya dengan mengatakan UMNO masih kuat.
Dimana letaknya kekuatan UMNO itu ketika ini? Ini adalah disebabkan disana sini semakin ramai orang melarikan diri dan membenci dengan gelagat kepimpinan UMNo yang tidak sedar diri.
Hakikatnya UMNO/BN masih mampu mentadbir kerajaan kita hari ini semata-mata kerana dukungan Sarawak dan Sabah semasa pilihanraya yang lepas. Mereka yang mengundi diSarawak dan Sabah kerana tidak menyangka yang pengundi diSemenanjung akan memberikan sokongan kepada parti alternatif dalam pilihanraya itu.
Sekarang tekanan terhadap BN dikedua-dua buah negeri itu sudah nyata kerana mereka menjadikan arah politik diSemenanjung sebagai penentu arah politik tanah air.
DiSarawak kehadiran Pakatan Rakyat akhir-akhir ini mendapat sokongan yang begitu menggalakkan dari orang ramai kerana masalah kepimpinan Taib Mahmud yang begitu lama seolah-olah Sarawak itu adalah kepunyaan peribadi beliau sehinggakan tidak ada lagi pemimpin yang berpotensi untuk mengganti pemimpin bumi kenyalang itu.
Sehingga kehari ini diSarawak masih tidak ada indikasi pertukaran pemimpin kerana semua yang berpotensi telah hanyut kerana sikap kuku besi Taib disana. Najib tidak boleh lagi menganggap Sarawak dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN.
Kalaulah tidak kerana sokongan undi pos, DAP sudah pasti berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti melebihi 4000 undi didalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Hanya pengundi pos yang merapatkan majoriti kekalahan BN kepada 398 undi.
UMNO dicawangan-cawangan tidak bergerak lagi seolah-olah cawangan-cawangan sudah mati kaku. Jika cawangan -cawangan UMNO diseluruh pelusuk negara sudah beku, sudah kaku dan tidak mahu bekerja untuk parti maka pasti ada sebabnya mereka berbuat begitu. Ternyata perkara ini berlaku kerana mereka semua tidak berpuashati dengan corak kepimpinan najib menguruskan ekonomi negara yang menjadikan segala-gala yang ada dibumi Mlaysia ini seolah-olah hak milik peribadi Najib yang diwarisinya dari nenek moyangnya zaman berzaman.

Sebab itu kita lihat hari demi hari kubu kuat UMNo semakin lemah dan akhrnya dikuasai oleh parti PAS dan lain-lain parti dalam PRakyat. Lihatlah perkembangan terkini, mana ada lagi kekuatan UMNo di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang dikatakan kubu kuat UMNo selama in? Bukankah diserata tempat rakyat melihat satu demi satu kubu yang tinggal jatuh ketangan Pakatan Rakyat.
Jika BN terutamanya UMNO jatuh kali ini saya tidak nampak parti itu akan kembali berkuasa dalam tempuh yang lama kerana UMNO tidak biasa menjadi pembangkang kerana terlalu biasa dengan kemewahan yang telah membawa parti kita ini ketahap kufur nikmat yang amat rendah disisi dan pandangan agama kita.
Ahli-ahli UMNO adalah serperti ‘ayam daging’ yang hanya tahu mematuk makanan yang diberikan oleh tuannya. Tetapi ahli-ahli PAS itu diibaratkan sebagai ‘ayam kampong’ yang biasa mencari makan sendiri, hidup berdikari.

No comments:
Post a Comment