Friday, July 23, 2010

DEFISIT AKAUN SEMASA SEMAKIN PARAH!

Ekonomi Hancur Akibat Dua Elemen

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=6396
Sat, Jul 17, 2010
Tan Teng Boo Ekspo Pelabur 2010
Oleh Zainal Abidin Nor
KUALA LUMPUR: Seorang penasihat ekonomi dan pelaburan tempatan mengingatkan dua elemen penting yang memberi petunjuk bahawa sesebuah ekonomi itu sedang menuju kehancuran.

"Dua elemen itu ialah Defisit Belanjawan dan Defisit Akaun Semasa," kata Tan Teng Boo, pengarah urusan Capital Dynamics Sdn Bhd pada Ekspo Pelabur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Malaysia’s Economy: Sunrise or Sunset?", beliau berkata, "malangnya dua elemen ini menimpa ekonomi Malaysia dewasa ini."

Sejak 14 tahun lalu, ekonomi negara beroperasi dalam defisit belanjawan dan tidak nampak tanda-tanda keadaan ini akan berubah dan sukar untuk meramalkan masa depan yang lebih baik.

Untuk menampung perbelanjaan negara, kerajaan bergantung kuat kepada dividen Petronas walaupun hasil pendapatan dan keuntungan syarikat milik kerajaan itu merudum tahun lalu akibat kejatuhan harga minyak mentah sebanyak 20%.

Bayaran dividen sebanyak RM30 bilion pada tahun ini iaitu sama jumlahnya tahun 2009 adalah tinggi kerana keuntungan bersih Petronas telah jatuh kepada RM40.3 bilion pada 2009 berbanding RM52.5 bilion tahun sebelumnya.
Ini bermakna nisbah bayaran – bayaran dividen dari untung bersih – telah mencecah 74% pada 2010 berbanding 57% tahun lalu. 

Defisit akaun semasa semakin lebar
Mengenai "Defisit Akaun Semasa", menurut Tan, ianya berlaku apabila jumlah nilai yang diimpot melebihi nilai eksport dan elemen ini juga membimbangkan kita.

"Apabila mengimport pesawat (kapal terbang) bermakna kita membuat perbelanjaan yang tinggi, wang mengalir keluar dan menambah beban defisit akaun semasa.

"Tetapi seorang menteri menyatakan jangan bimbang kerana pembelian itu adalah untuk jangka panjang," ujar beliau.

Trend pelaburan langsung asing (FDI) juga amat merunsingkan kerana telah menjunam teruk sejak 2007 berbanding India, China, Vietnam malah Indonesia yang mampu menarik pelaburan asing dengan pertumbuhan yang lebih tinggi.

Mengenai kereta nasional Proton, katanya, jumlah eksport kereta itu tidak bertambah sedangkan Thailand berjaya meningkatkan jumlah eksport kereta dari negara itu walaupun mereka tidak mempunyai kereta nasional.

Pemberian insentif yang tinggi kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Proton juga menyebabkan syarikat tidak kompetitif di pasaran antarabangsa dan akhirnya membebankan rakyat kerana terpaksa menanggung kos itu.

Rasuah tinggi di Malaysia
Mengenai Indeks Persepsi Rasuah, kata Tan, Malaysia berada pada kedudukan yang tinggi dan tidak banyak berubah manakala Indonesia berjaya mengurangkan gejala rasuah di kalangan rakyatnya.

Jika rasuah ini tidak dibendung dengan serius maka Malaysia akan mengalami nasib yang sama menimpa Greece, sebuah negara kuat mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya hingga jatuh muflis.

Bagaimanapun beliau menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat dan Indonesia merupakan contoh terbaik di mana Presidennya Bambang Susila Yudoyono berjaya mengurangkan subsidi petrol hingga menyebabkan negara itu hampir terkeluar dari defisit belanjawan.

Tan juga menyokong sepenuhnya Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada April lalu, bermatlamat untuk mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi, berdaya tahan dan pertumbuhan inklusif.

Perlu kepada kerajaan yang kuat
Bagaimanapun kita memerlukan sebuah kerajaan yang bijak menguruskan ekonomi negara, tidak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, untuk melakukan perubahan struktur dalam ekonomi, katanya.

Tan Teng Boo merupakan tenaga utama yang menggerakkan Kumpulan Capital Dynamics hingga membawa syarikat itu muncul sebagai pengurus dana pertama memasukki pasaran global.

Beliau menjadi "pelajar" pasaran saham lebih 40 tahun dan pengalamannya dalam analisa dan kajian pelaburan membuat beliau sering dijemput oleh media antarabangsa seperti antaranya, Bloomberg, The Business Times, CNBC, Reuters dan Financial Times.

Lebih 1,200 pelawat, yang terdiri daripada ahli perniagaan, para pelabur, para pelajar bidang ekonomi, pelaburan dan hartanah, hadir pada Ekspo Pelabur yang berlangsung selama dua hari itu.
Wahai pemimpin negara
kenapa kalian rampas subsidi kami?
kemanakah ianya hendak dibawa lari?
Kenapa kami yang msikin ini?
yang jadi mangsa percaturan kalian?
kenapa kami?
Kenapa kami?
yang hanya mencari rezeki untuk sesuap nasi
bagi keluarga kami,
yang jadi mangsa pelarasan subsidi!
Kenapa kami?
Kenapa kami?
Kenapa kami?


Wahai pemimpin negara
Kenapa kalian beritahu, pelarasan subsidi mesti dilakukan?
Kenapa? Kenapa?
Sedangkan kalian juga yang kata negara kita akan jadi negara maju!


Wahai pemimpin negara!
Apakah sudah habis harta negara?
maka pelarasan subsidi mesti dilakukan?
Bukankah kutipan hasil negara berjuta-juta
Bukankah syarikat itu, syarikat ini keuntungannya berjuta-juta
maka pastinya kutipan cukai juga berjuta-juta
masakan dah habis kesemuanya?
wahai pemimpin negara!


Wahai pemimpin negara!
Apakah kalian ingin melihat rakyat semua menderita?
Terseksa, merana dan meratap hiba?
akibat kenaikan harga!
sedangkan kalian makin kaya,
makin kaya,
makin kaya!


Wahai pemimpin negara!
Adakah kerana kami orang desa, yang tidak pandai kira berjuta-juta?
Adakah kami hanya orang kecil yang duduk dikota, tak punya harta berjuta-juta?
Adakah hanya kerana kami orang biasa, yang hanya makan gaji sahaja?
Maka kami diperlakukan begitu sahaja?
Adakah kalian yakin kami tidak mampu berbuat apa-apa?


Wahai pemimpin negara!
Memang benar, biasanya kami diam-diam tanpa kata-kata!
Tetapi adakah kalian yakin hari ini, kami juga akan diam tak berkata apa-apa?
Adakah kalian yakin hari ini, kami juga akan diam tak akan bertindak macam biasa?
Adakah kalian yakin hari ini, kami juga akan diam tak akan berbuat apa-apa?


Wahai pemimpin negara!
Apalah yang kami anak nak beritahu anak-anak kami yang hendak ke sekolah?
Ayah dan ibu semakin parah? wang makin tiada?
jika semalam ada juga lauknya, hari ini cuma ada kuahnya sahaja!
jika semalam dapatlah juga makan sepinggan, hari ini cuma dapat makan separuh sahaja!


Wahai pemimpin negara!
Apalah kami nak beritahu anak-anak kami?
jika mereka meminta-minta nak beli itu ini?
Apakah kami nak beritahu anak-anak kami
kami sudah tiada duit lagi?
sedangkan mereka anak-anak kecil lagi!
aduh, duh, duh.
beginikah caranya engkau memerentah negara ini?


Apakah kami nak beritahu anak-anak kami?
berpergian kesekolah tanpa duit nas!i
kesiannya mereka, kalau lapar nanti!
tetapi apakan daya kami,
mengeluhpun tiada erti,
kerana duit yang selama ini pun tak cukup buat kami,
selama ini pun kami cukup berhemat membelankan duit kami
Tetapi kini duit pun tiada lagi,
untuk menampung kenaikan harga itu ini.



Wahai pemimpin negara!
Apakah kami kena beritahu anak-anak kami?
Kerajaan kita sudah bankrap?
nanti apa pula kata mereka?
tentang pemimpin negara!


Wahai pemimpin negara
yang tidak pernah mengetahui kesusahan hidup kami
maka pastinya kalian tidak mengerti apa maknanya
kenaikan harga barang-barang buat kami
betapa deritanya dan susah hatinya kami
menanggung kenaikan harga itu


Wahai pemimpin negara!
kesihanilah kami, rakyat jelata
yang kerja dengan gaji kecil,
yang kerja kais pagi makan pagi,
kadang-kadang kais pagi makan petang,
kadang-kadang ada rezeki, kadang-kadang tiada,
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa.

begitu juga walaupun dikota,
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja,.
hanya untuk mencari sedikit rezeki,
jangalah seksa kami dengan pelarasan subsidi!


Wahai pemimpin negara!
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang dah lanjut usia?.
melihat baju dan kasut anak-anak yang koyak rabak?
tinggal dalam rumah berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak,
tidak punya uang untuk beli itu ini
membiarkan apa yang berlaku itu berlalu begitu sahaja,
tetapi kini kau tambahkan pula derita dan sengsara kami,
yang sememangnya sebelum ini pun dah tidak tertanggung oleh kami.


Wahai pemimpin negara!
hidup kalian sungguh mewah tidak terkira

hidup bagaikan dikayangan,
hidup dalam rumah besar bagaikan istana,
mempunyai puluhan kereta yang harganya berjuta-juta.
gaji dan elaun tidak terusik punya,

semuanya dapat percuma, ditanggung kerajaan!
makan minum usah dikira, semuanya ditanggung negara!
semuanya tidak terkecuali adalah ditanggung negara!


Tetapi kami
tapi kami masih lagi di sini
masih di teratak buruk dan hampir roboh ini...
dengan lauk semalam yang terpaksa ditinggalkan,
untuk sajian hari ini
jika tak buat begitu, tak dapatlah makan kami,
itulah kehidupan kami.

Wahai pemimpin negara!
ada diantara kami,
tiada kereta, tiada rumah, tiada tanah
tidak macam kalian
yang ada berpuluh-puluh buah kereta,
yang ada rumah besar dan mewah bagaikan istana,
yang ada tanah beratus-ratus ekar
yang ada punya harta dan pelaburan diluar negara!

Wahai pemimpin negara!
walaupun kami hanya kerja sendiri,
walaupun kami hanya makan gaji,
tetapi hasilnya adalah dari titik peluh kami!
bukannya kami dapati dengan tidak buat apa-apa!
bukannya kami dapati dengan hanya menggunakan kuasa!
bukannya kami dapati dengan percuma, ditanggung segala,
macam kalian semua!

Bagi kalian semua!
kediaman dahlah besar dan mewah, disediakan pula secara percuma!
kos pengangkutan pula dibayar negara!
makan minum pun percuma,
pendeknya, semuanya dapat percuma,
ditanggung negara!


tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
bahasa apalah yang kalian gunakan
kalian yang belasah segala-glanya, kami pula yang dikatakan bersalah.
kalian yang buat untung, kami tak dapat apa-apa

kalian yang buat hutang, kami pula yang terpaksa menanggungnya.
sedangkan kalian hidup bermewah-mewah, kami pula hidup dalam keadaan susah

kalian hilangkan wang negara, wang poket kami pula melayang melangsaikannya.
kalian bina istana mewah, wang poket kami juga yang jadi mangsanya
aduh, duh, duh
anda semua tidak layak menjadi pemimpin negara!

Written on Tuesday · ·
Nizam Ahmad
Nizam Ahmad
alhamdulillah akhirnya naik juga minyak dan gula maka kurang sikit beban hidup, maklum laa bulan lepas gaji NAIK RM25.00 boleh laa mewah sikit terima kasih PM lepas ni mintak2 laa TOL naik pulak boleh jimat sikit... KAN TIDAK MEMBEBANKAN..
Tuesday at 5:54am · · 4 peopleLoading... ·
Jebat Simunjan
Jebat Simunjan
Senang je jawabnya....jangan sokong kepimpinan penipu!
Tuesday at 7:02am · ·
Majunting Happyy
Majunting Happyy
RASA MCM NAK LEMPANG JE KERA. . .JAAN NI . APA TAKNYA . .BARANG KEPERLUAN SEMUA NAK NAIK . . .TAPI GAJI DAH 3THN TAK NAIK.MANA KERA. . JAAN TENGOK MASAALAH PEKERJA SWASTA .NGOK BETUL.
Tuesday at 12:07pm via Facebook Mobile · ·
Shukri Ishak
Shukri Ishak
RAKYAT MALAYSIA : Allahtaala dh mula tarik kemewahan yg diberikn kpd kita..sebab kita tidak bersyukur dan menderhaka kpd suruhannya..tempoh 50 tahun sudah cukup untuk kerajaan mematuhi segala perintah Allahtaala..kerana kita bukan dari zaman jahiliah..agama kita dh lengkap bila datang ke negara kita..alangkah derhakanya kita..oleh itu sekiranya ... See MoreAllahtaala mula bertindak..jgn salahkan takdir ini sebab kita yg mengundangnya..kita yg memilih pemimpin yg derhaka kepadaNya...terimalah akibat dari kebodohan kita sendiri...wuallahuwaalam...
Wednesday at 12:50am · ·

SETERUK-TERUK PEMERENTAHAN ABDULLAH BADAWI IANYA TIDAKLAH SETERUK APA YANG SEDANG KITA ALAMI DIABAWAH NAJIB NI!

Keadaan ekonomi  negara kita ketika ini amat buruk dan  jelek sekali, yang mana keadaan seperti  ini kita tidak pernah alami sebelum ini, Kita beranggapan sebelum ini, zaman Abdullah Badawi mentadbir negara kita ini adalah merupakan zaman yang paling teruk kerana pentadbiran negara diserahkan bulat-bulat kepada para menteri.

Tetapi rupa-rupanya seteruk-teruk pemerentahan Abdullah Badawi, ianya tidaklah seteruk keadaan yang sedang kita alami sekarang ini dibawah pentadbiran Najib. Memang diakui Najib itu seorang yang rajin bekerja, tetpi kerjanya menghabiskan duit negara dan menyusahkan rakyat semua. 


Dan keadaan itu menyebabkan semakin ramai rakyat yang hilang kepercayaan terhadap najib dan yakin bahawa UMNo akan berkubur dibawah Najib, kalau tidak ada mana-mana pihak dalam UMNo bertindak segera menyingkirkan Najib dari kepimpinan negara ketika ini.  Sesungguhnya Najib adalah merupakan suatu bebanan yang amat besar kepada UMNO dan faktor Najib adalah merupakan penyumbang utama kepada kekalahan UMNo dalam Pilhanraya Umum yang akan datang nanti

Akhirnya ramai yang saya temui mengakui bahawa keedaan ekonomi negara yang meruncing dan membebankan rakyat semua di negara  ini, menjadi suatu igauan dan menimbulkan ketakutan kepada sesiapa sahaja sama ada kepada 
penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ataupun kepada penyokong-penyokong UMNo sendiri.

Penyataan  ini mungkin mendapat reaksi  negatif yang tidak menyenangkan bagi mereka yang masih didalam ‘state of denial’ dan pihak-pihak yang tidak mahu mendengar cerita-cerita buruk.

Menyedari tentang kelemahan pentadbiran Najib inilah maka  timbullah keinginan  pihak-pihak tertentu  yang ingin menyelamatkan UMno yang menyedari penolakan rakyat umum terhadap UMNo dimana rakyat umum semakin jelek, muak dan marah dengan  sikap  pemimpin-pemimpin negara mengutamakan kroni,  menutup kes rasuah, berprofail tinggi, melakukan penyelewengan, sikap tidak prihatin terhadap  gejala sosial yang bermaharajalela, dan sebagainya. 


Oleh itu golongan  yang ingin menyelamatkan kedudukan kritkal UMNo itu berusaha  untuk melihat PAS dan UMNO duduk dimeja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu Melayu dan perpaduannya.

Muhyiddin nampaknya menyambut baik cadangan perpaduan itu. Muhyiddin mungkin sudah menyedari keadaan UMNO yang tenat dan lemah untuk berhadapan dengan PAS masa PRU yang ke-13 nanti menerima cadangan itu dengan baik untuk mengurangkan tekanan kepada UMNO yang sedang dalam kekeliruan kerana berhadapan dengan banyak isu.

Tetapi disebaliknya Najib pula berkata rundingan itu tidak perlu kerana UMNO sedang bertambah kuat dan beliau seolah-olah tidak nampak yang UMNO pimpinannya sudah hampir terjerumus kedalam keaiban jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini.

Pemikiran Muhyiddin dengan Najib memang jelas tidak selari dan tidak sehaluan. Dimana-mana orang ramai menyedari hakikat ini dan mereka menganggap itu adalah satu fenomena yang merbahaya bagi parti apatah lagi dalam keadaan sekarang ini.

Mendengar kata-kata Najib dan Muhyiddin yang menunjukkan perbezaan pandangan dan nilainya membuatkan orang ramai keliru, apatah lagi dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Saya bukan bermaksud untuk menyokong perbincangan dengan PAS kerana PAS dan UMNO pastinya tidak akan berjaya duduk bersama. Tetapi yang merunsingkan ialah Najib menjawab dengan kata-kata yang tidak benar  tanpa menyedari hakikat yang sebenarnya dengan mengatakan UMNO masih kuat.

Dimana letaknya kekuatan UMNO itu ketika ini? Ini adalah disebabkan disana sini semakin ramai orang melarikan diri  dan membenci dengan gelagat kepimpinan UMNo yang tidak sedar diri.

Hakikatnya UMNO/BN masih mampu mentadbir kerajaan kita hari ini semata-mata kerana dukungan Sarawak dan Sabah semasa pilihanraya yang lepas. Mereka yang mengundi diSarawak dan Sabah kerana tidak menyangka yang pengundi diSemenanjung akan memberikan sokongan kepada parti alternatif dalam pilihanraya itu.

Sekarang tekanan terhadap BN dikedua-dua buah negeri itu sudah nyata kerana mereka menjadikan arah politik diSemenanjung sebagai penentu arah politik tanah air.

DiSarawak kehadiran Pakatan Rakyat akhir-akhir ini mendapat sokongan  yang begitu menggalakkan dari orang ramai kerana  masalah kepimpinan Taib Mahmud yang begitu lama seolah-olah Sarawak itu adalah kepunyaan peribadi beliau sehinggakan tidak ada lagi pemimpin yang berpotensi untuk  mengganti pemimpin bumi kenyalang itu.

Sehingga kehari ini diSarawak masih tidak ada indikasi pertukaran pemimpin kerana semua yang berpotensi telah hanyut kerana sikap kuku besi Taib disana. Najib tidak boleh lagi menganggap Sarawak dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN.

Kalaulah tidak kerana sokongan undi pos, DAP sudah pasti berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti melebihi 4000 undi didalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Hanya pengundi pos yang merapatkan majoriti kekalahan BN kepada 398 undi.

UMNO dicawangan-cawangan tidak bergerak lagi seolah-olah cawangan-cawangan sudah mati kaku. Jika cawangan -cawangan UMNO diseluruh pelusuk negara sudah beku, sudah kaku dan tidak mahu  bekerja untuk parti maka  pasti ada sebabnya mereka berbuat begitu. Ternyata perkara ini berlaku kerana mereka semua tidak berpuashati dengan corak kepimpinan najib menguruskan ekonomi negara yang menjadikan segala-gala yang ada dibumi Mlaysia ini seolah-olah hak milik peribadi Najib yang diwarisinya dari nenek moyangnya zaman berzaman.

Sebab itu kita lihat hari demi hari kubu kuat UMNo semakin  lemah dan akhrnya dikuasai oleh parti PAS dan lain-lain parti dalam PRakyat. Lihatlah perkembangan terkini, mana ada lagi kekuatan UMNo di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang dikatakan kubu kuat UMNo selama in? Bukankah diserata tempat rakyat melihat satu demi satu kubu yang tinggal  jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Jika BN terutamanya UMNO jatuh kali ini saya tidak nampak parti itu akan kembali berkuasa dalam tempuh yang lama kerana UMNO tidak biasa menjadi pembangkang kerana terlalu biasa dengan kemewahan yang telah membawa parti kita ini ketahap kufur nikmat yang amat rendah disisi dan pandangan agama kita.

Ahli-ahli UMNO adalah serperti ‘ayam daging’ yang hanya tahu  mematuk makanan yang diberikan oleh tuannya. Tetapi ahli-ahli PAS itu diibaratkan sebagai ‘ayam kampong’ yang biasa mencari makan sendiri, hidup berdikari.

Malaysia tidak layak menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Hak asasi manusia di Malaysia rendah

Posted by admin on July 22nd, 2010
Free Malaysia Today  http://www.kl-today.com/
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak layak menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika ia terus menerus mencabul hak asasi manusia secara berleluasa, kata badan pemantau Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pencabulan ini menjadi semakin buruk di bawah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sejak beliau mengambil alih pentadbiran pada April 2009, kata penyelarasnya John Liu ketika melancarkan Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia di sini semalam.

Liu menyentuh tentang penggunaan undang-undang pencegahan yang kontroversial seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Dadah Berbahaya dan Ordinan Kecemasan, yang membolehkan penahanan tanpa bicara; berada pada tahap paling rendah di bawah Najib.

Beliau berkata, “sehingga penghujung tahun lalu, lebih 1,000 orang ditahan di bawah undang-undang pencegahan ini.

Beliau berkata ramai rakyat ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Ordinan Kecemasan, termasuk kanak-kanak, berbanding 16 tahanan di bawah ISA.

“Seramai 819 orang ditahan di bawah Ordinan Kecemasan ini, termasuk 36 kanak-kanak dan ini merupakan suatu bentuk pelanggaran terhadap Akta Kanak-Kanak dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak di Malaysia.

“Sehingga bulan Februari 2010, seramai 412 orang telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan sehingga penghujung tahun lalu berjumlah lebih 1,000 orang dipenjarakan tanpa dihadapkan ke mahkamah,”

Menurut Liu, meminda dan mengkaji semula undang-undang seperti ini “masih tidak cukup”.

“Malahan Majlis PBB menyatakan secara jelas bahawa dengan membuat pindaan sahaja masih tidak mencukupi apabila memberi respon terhadap desakan untuk membubarkan ISA. Ia secara jelas mencabul hak asasi manusia,” terang beliau.

Ujar beliau, “pada 2009, sembilan tahanan masih berada di bawah ISA.  Apabila kerajaan bercakap mengenai pindaan dan kajian semula terhadap undang-undang itu, mereka terus menahan rakyat dan jumlah itu terus meningkat kepada 16 orang.”

SPRM salah guna kuasa
Dalam laporannya setebal 228 muka surat, Suaram membangkitkan isu dakwaan salah guna kuasa oleh agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isu-isu lain yang diketengahkan ialah kematian dalam tahanan, tiada toleransi terhadap penentang kerajaan yang semakin ketara, tahanan beramai-ramai ketika protes terhadap krisis perlembagaan Perak dan penentangan dan pengkritik kerajaan yang serign diganggu.

Laporan itu juga memberi perhatian kepada nasib para pelarian dan pencari perlindungan politik dan media alternatif yang menjadi ‘mangsa’ terbaru akibat kepentingan politik.

Meskipun terdapat pelanggaran terhadap hak asasi manusia ini, Liu melahirkan kebimbangannya terhadap keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk melakukan perubahan walaupun laporan-laporan antarabangsa ini tidak memihak kepada mereka.

Ini terbukti apabila sekurang-kurangnya dua laporan antarabangsa pada 2009 menarik perhatian tentang kerjasama di antara pihak berkuasa Imigresen dalam aktiviti pemerdagangan manusia dan para pelarian di sempadan.

“Ini merupakan suatu bentuk ancaman yang besar pada 2009 dan dijangka berterusan dalam tahun 2010 ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga gagal untuk mematuhi standard minima hak asasi manusia walaupun cadangan-cadangan dibuat oleh suruhanjaya yang dibentuk oleh kerajaan seperti Suhakam dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Malaysia mohon untuk dipilih
“Namun demikian, ia masih tidak dapat menghalang Malaysia dari membuat permohonan untuk menganggotai Majlis itu pada Mei 2010,” kata Liu.

Pengarah Suaram, Dr Kua Kia Soong juga tidak yakin apabila ditanya sama ada Malaysia mempunyai peluang untuk menganggotai Majlis itu.

“Jika anda tanya mana-mana ahli Suaram, saya pasti anda dapat jawapannya,” katanya sambil ketawa, bagaimanapun menambah, “terdapat banyak pertimbangan di peringkat antarabangsa untuk menyertai Majlis itu.”

“Para pelobi di PBB menyoal kami (sama ada Malaysia layak) tetapi saya fikir kita tidak layak menganggotai majlis itu.  Pastinya tidak,” katanya.

Kepada soalan sama ada beliau meramalkan tentang adanya operasi tangkapan beramai-ramai menjelang pilihan raya yang akan datang, beliau berkata “ia tidak semestinya bermaksud begitu.”

“Tindakan keras kerajaan bermaksud penggunaan ISA.  Jika tindakan itu bermaksud menahan rakyat untuk tempuh beberapa hari sahaja, itu bukan apa yang dimaksudkan.

“Tindakan keras di Malaysia bermakna menggunakan undang-undang dan memberi nama-nama pelik kepadanya seperti Ops Lalang dan sebab itu kerajaan bergantung kepada operasi seperti itu sejak sekian lama,” katanya.

“Ia wujud kerana ada sebab kata Kua, untuk memberi perkhidmatan ketika “hari hujan”.
“Jadi apabila berlaku krisis, maka tiba masanya untuk bertindak keras.  Ia bergantung kepada apa yang berlaku dalam negara maka sentiasa ada harinya untuk hari hujan,” katanya.

Bekas tahanan ISA, Mat Sah Mat Satray, yang turut menyertai persidangan selama dua jam itu, telah menceritakan pengalamannya ketika dalam tahanan selama lapan tahun.

Majlis ini juga menarik penyertaan daripada para diplomat dan pelbagai aktivis hak asasi manusia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Lima Cadangan
Suaram mendesak kerajaan memansuhkan semua bentuk tahanan tanpa bicara, kerana “perundangan ini dengan serius melanggar hak asasi manusia yang paling asas.”

Tuntutan lain terhadap kerajaan yang sekian lama diperjuangkan termasuk :
  • Penubuhan sebuah badan pemantau yang bebas dan berkesan dengan
    segera untuk memastikan kebertanggungjawaban dipraktikkan oleh pihak
    polis dan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang lain.
  • Memansuhkan peruntukan undang-undang dan legislatif yang menindas
    hingga membantut kebebasan bersuara, penyataan pendapat dan
    perhimpunan.
  • Pengiktirafan terhadap hak dan status pelarian dan pencari
    perlindungan politik dan
  • Penerimaan kesemua baki perjanjian teras hak asasi manusia
    antarabangsa dan perlu diketahui bahawa Malaysia hanya menerima pakai
    dua dari sembilan perjanjian teras.
  • Memperkukuh kebebasan dan keberkesanan Suhakam dan pelaksanaan
    cadangan-cadangan suruhanjaya.