Ekonomi Hancur Akibat Dua Elemen
Oleh Zainal Abidin Nor
KITA semua ingat apa yang berlaku dengan krisis kewangan yang melanda negara-negara Asia pada tahun 1997/98 dulu yang bermula dengan gelembung hartanah di Thailand. Negara-negara sekelilingnya turut terkena tempias dari negara tersebut termasuk kita.
Sepuluh tahun kemudian, Amerika Syarikat (AS) pula mengalami keadaan yang sama dan sehingga hari ini, negara itu belum lagi keluar dari kemelut tersebut. Masih tinggi lagi angka-angka pengangguran walaupun ada tanda-tanda pertumbuhan ekonomi menunjukkan tanda yang baik.
Kini, Eropah pula bergelut dengan masalah yang bermula di Greece. Ada pendapat mengatakan Greece telah mengelak daripada menceritakan keadaan kewangan yang sebenarnya sebelum diterima masuk ke dalam Kesatuan Eropah (EU).
Greece sebenarnya telah mempunyai masalah defisit kewangan sebelum memasuki EU. Kini, dengan adanya masalah yang memerlukan diselamatkan dengan bantuan kewangan, mereka melakukan langkah yang kita dicegah melakukan semasa kita mengalami masalah krisis kewangan sepuluh tahun dulu.
Selepas Greece diberikan penarafan 'hampas' (junk), kini negara-negara lain di Eropah juga menghadapi penarafan yang buruk seperti Portugal, Sepanyol dan Itali. Kalau negara-negara dalam EU tidak membantu ancaman besar kepada kesatuan itu, maka keseluruhan EU akan meleset.
Semua orang tahu bahawa kawalan modal dan tambatan ringgit dengan Dolar Amerika yang diperkenalkan dulu menjadi bahan cemuhan dan kritikan sehingga ke peringkat antarabangsa. Kalau tidak kerana ketegasan Tun Dr.Mahathir Mohamad, mungkin negara kita menghadapi nasib yang sama dengan negara-negara lain yang terpaksa mengikut telunjuk Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) dengan menjual syarikat-syarikat mereka kepada syarikat asing.
Apa yang berlaku di Greece mungkin jauh dari negara Asia tetapi kesannya dirasai bukan saja di bursa-bursa saham di Eropah tetapi di Asia juga. Kini, mata wang Euro menerima pukulan yang teruk. Ertinya, satu-satunya benua yang disangkakan paling kukuh dari sudut ekonomi kini sedang mengalami kemelut ekonomi seperti AS juga.
Dengan negara Jepun turut menghadapi masalah, MAKA tumpuan tinggal kepada BRIIC (Brazil, Rusia, India, Indonesia dan China) dan Timur Tengah. Bagi kita mengarahkan tumpuan kepada Timur Tengah sememangnya wajar kerana selama hari ini, kita belum lagi dapat meneroka sepenuhnya negara-negara Timur Tengah. Lihat saja berapa banyak barang-barang kita yang diimport di Mekah dan Madinah.
Boleh jadi tak ada langsung tetapi lihat pula berapa ramai orang Malaysia setiap tahun pergi melakukan Umrah dan Haji. Tidak kurang daripada 100,000 kerana kuota hanya untuk musim Haji tetapi bukan masa Umrah. Bayangkan berapa banyak orang kita berbelanja untuk katakan dua minggu secara purata di sana termasuk tambang kapal terbang.
Apa yang mereka belanjakan hampir tiada langsung untuk barang-barang makanan dan lain-lain dari Malaysia. Kejayaan penerokaan kita ke dunia sebelah sana mungkin dalam bidang pembinaan dan perundingan tetapi bukan dalam bidang eksport.
Banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk menembusi pasaran Timur Tengah, baik secara eksport mahupun secara pelaburan ke dalam negara kita.
Di bidang pelancongan misalnya, kita menawarkan sesuatu yang menarik kepada pelancong dari negara-negara Timur Tengah kerana kita satu-satunya negara Islam yang aman damai dan dari segi makanan dan amal ibadat, sesiapa dari negara-negara tersebut tidak menghadapi sebarang masalah.
Di bidang kewangan, terutama sekali dari sudut pengurusan dan pelaburan aset, syarikat-syarikat kita masih belum lagi dapat menggembeling modal dari negara-negara Timur Tengah. Hanya ada beberapa syarikat tempatan seperti CIMB Wealth Advisors yang telah menjangkau ke dunia sebelah sana. Ada syarikat broker saham kita yang cuba untuk bertapak di Arab Saudi, misalnya tidak dapat menjalankan perniagaan seperti yang diharapkan.
Bukan mudah untuk mencari sesuatu yang dianggap seragam oleh negara-negara Islam ini walaupun dalam bidang kewangan Islam. Prospektus sukuk yang diterbitkan di sini misalnya akan perlu dilakukan perubahan besar jika sampai di Bahrain atau Dubai. Nampaknya, penyeragaman merupakan satu kerumitan dalam dunia kewangan Islam.
HULU SELANGOR 24 April – Buat pertama kalinya dalam kempen pilihan raya kecil tiga pemimpin utama negara berada di atas satu pentas berkempen untuk mendapatkan simpati dan undi rakyat.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mereka hadir pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bukit Beruntung di sini malam ini sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok.
1. Terdapat perbezaan yang besar diantara ketiga-tiga pemimpin itu dari segi wawasan, polisi asas hubungan dengan rakyat, cara pelaksanaan kerja dan sebagainya.
2. Ujudnya puak-puak dalam UMNO yang berjuang untuk idealisme yang berbeza.
3. Ujudnya kumpulan-kumpulan itu kerana tingkahlaku moral yang berbeza. Yang jelasnya kumpulan Muhyiddin adalah kumpulan yang moral peribadinya lebih baik dari kumpulan Najib. contohnya siapa tak kenal Najib, Jamaludin Jarjis, Hishamudin dan lain-lain.
4. Ujudnya kumpulan ketiga yang rindukan cara kerja Mahathir yang mengutamakan pencapaian ekonomi dan kestabilan harga barangan. Jumlahnya amat besar sekali. Kegagalan Najib menstabilkan harga minyak, tambang bas, harga gandum dan sebaginya menyebabkan rakyat resah dan mula memberontak termasuklah wakil-wakil rakyat dari UMNO sendiri. Kegagalan najib itu menyebabkan mereka rindukan sentuhan Mahathir dan ianya bermakna era kejatuhan najib pun bermula.
Apatah lagi dengan kegopohan Najib untuk menghasilkan slogan-slogan baru yang sememangnya membazir dan tidak berfaedah. Itulah kesilapan Najib. Membuat sesuatu yang dia sendiri tidak tahu dan arif. Bukankah ianya lebih baik jika Najib tidak memperkenalkan dasar-dasar baru dan slogan-slogan baru?
Apa yang diperlukan oleh rakyat dan juga dikehendakki oleh pemimpin-pemimpin pelapis UMNo ialah memperbaikki kesilapan dan kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa era PM yang terdahulu bukannya memperkenalkan sesuatu yang baru!
Contohnya Dasar Bumi Hijau, DEB, WAWASAN 2020 dan banyak lagi dasar adalah cukup menarik rakyat untuk memberikan sokongan kepada kerajaan. Cuma yang diperlukan ialah penambahbaikkan cara pelaksanaannya untuk memastikan dasar itu tercapai dan mencapai matlamatnya.
Jika rakyat menolak dasar-dasar tersebut, ianya hanyalah bersifat sementara sahaja, rakyat akan menerima semula dasar-dasar itu sekiranya cara pelaksanaan diperbetulkan! Rakyat hanya menolak dasar-dasar tersebut, akibat penyelewengan yang berlaku dalam melaksanakan dasar-dasar itu bukannya dasar-dasar itu sendiri tidak baik atau pun tidak memberikan apa-apa makna atau kosong.
Yang tidak dikehendakki dan perlu dibuang adalah dasar-dasar pimpinan dahulu dan sekarang yang tidak mempunyai sebarang makna dan membazir! Contohnya Islam Hadhari dan dasar 1 Malaysia. Apa maknanya? Apa kepentingannya memperkenalkan dasar-dasar ini? Hanya membazirkan masa, tenaga dan duit sahaja!
Sepatutnya Najib memperbetulkan cara pelaksanaan DEB untuk memastikan pencapaian matlamat DEB itu, memastikan bumiputera mencapai ekuiti 30 peratus ekonomi negara, mengurangkan jurang perbezaan antara golongan miskin dengan golongan yang kaya tanpa mengira kaum dan bangsa dan memastikan pencapaian lain-lain matlamat.
Begitu juga Najib seharusnya meneliti kenapa WAWASAN 2020 menampakkan tanda-tanda ianya sukar dicapai. Najib mesti kaji sebab-sebabnya. Barulah tindakan pembetulan dapat dilakukan. Mungkin ianya dapat dicapai dengan melakukan perubahan dalam sistem pendidikan negara, dengan memperbanyakkan sekolah-sekolah aliran vokasional dan teknikal, pengambilan pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memasukkki aliran teknikal bukannya pelajar-pelajar yang lemah akademiknya, membuat proses penukaran sekolah biasa menjadi sekolah vokasional dan teknik untuk membolehkan lebih ramai pelajar memasukkinya dan seterusnya menghasilkan pelajar yang mampu memilikki kemahiran tinggi dan bukannya hanya membiarkan pelajar-pelajar belajar dialiran bukan teknikal.
Begitu juga sebab-sebab lain yang menghalang pencapaian wawasan 2020 hendaklah dikaji. Contohnya pengambilan pekerja-pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dalam industri elektronik dan tekstil pastinya hanya merencatkan pencapaian wawasan 2020.
Itulah caranya untuk Najib menunjukkan kehebatan dan kebolehannya memimpin negara. Iaitu dengan cara memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang telah berlaku, memperbetulkan cara-cara pelaksanaanya bukannya dengan membuang segala dasar-dasar yang sedia ada tetapi dengan melakukan penambahbaikan cara-cara pelaksanaan dasar-dasar yang sedia ada itu.
Membuang dasar-dasar yang sedia ada menunjukkan anda pemimpin yang lemah dan tidak berkebolehan. Bukannya tidak boleh buat dasar-dasar baru tu, tetapi yang lama itu hendaklah diperbetulkan dahulu, dicapai dahulu! lepas itu barulah boleh perkenalkan dasar baru!
Oleh kerana sibuk dengan memperkenalkan dasar-dasar baru, slogan-slogan baru, kempen-kempen baru menyebabkan sekelian rakyat tertanya-tanya. Apakah najib tahu apa yang dia buat tu? rajin tu memanglah rajin, tapi dia tak tahu apa yang dia buat tu. Kemana hala tujunya dia pun tak tahu! Apa yang dia buat tu boeh menyebabkan negara berada dalam ambang bahaya! dan sekiranya berlaku sesuatu malapetaka kewangan, pastinya amat-amat bahaya dan tidak dapat diselamatkan!
Bak kata slogan PPES,
Having knowledge without doing something is useless!
But doing something without knowledge is dangerous!
Oleh kerana kegagalan Najib melakukan penambahbaikan dan pembetulan terhadap dasar-dasar yang telah diasaskan oleh perdana-perdana menteri sebelum ini, ianya menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Najib. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri pun hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula Najib tidak mempercayai dirinya sendiri yang beliau mampu memperbetulkan kesilapan dan kesalahan dalam cara pelaksanaan dasar-dasar terdahulu. Kalau Najib percayakan dirinya sendiri, pastinya Najib tidak akan memperkenalkan dasar-dasar dan slogan-slogan baru yang menyebabkan dirinya terjerat dan hilang keyakinan dari pelbagai pihak.
Akibat kegagalan Najib itulah menyebabkan rakyat kerinduan terhadap sentuhan semula Dr. Mahathir dan begiu jugalah beberapa pemimpin UMNO sendiri. Ada yang pergi kearah Mahathir dan ada juga yang menghampiri Muhyiddin. Jadi ujudlah puak-puak Mahathir dan juga Muhyiddin. Salahnya adalah salah Najib sendiri! Ianya bukanlah kerana Mahathir ataupun Muhyiddin ingin mengujudkan puak-puak mereka tetapi kelemahan Najib begitu ketara dan puak-puak itu ujud tanpa dirancang oleh sesiapa pun. Ianya ujud kerana kelemahan Najib!
Sesungguhnya Najib makin hari, makin lemah. Ini adalah kerana semakin ramai pemimpin-pemimpin UMNO menjauhkan diri darinya. Ini dapat difahami, kerana mereka semakin kecewa dengan tindak tanduk Najib! Jika berada lebih lama dengan Najib, pemimpin-pemimpin UMNO itu pula yang akan kehilangan sokongan dari akar umbi dan memusnahkan kerjaya politik mereka.
Kalau yang masih tinggal bersama dengan Najib ialah pemimpin-pemimpin yang lemah dan tak berwibawa seperti Mohd Nor Yakcop dan Mashitah Ibrahim.
Kumpulan Muhyiddin memang mempunyai banyak kekuatannya. Contohnya dari segi moralnya tidaklah begitu banyak masalah berbanding dengan puak Najib. Kalau hendak dicakapkan dari segi rasuah, semuanya sama tetapi itu lain cerita. Dari segi kewibawaan, kebolehan bekerja, kebijaksanaan membuat keputusan, kumpulan Muhyiddin jauh meninggalkan kumpulan Najib.
| Permusuhan Muhyiddin - Najib semakin membesar selepas kemenangan di Hulu Selangor! |
Posted on Sunday, May 02 @ 08:32:13 PDT by paktam Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 'Sudah terang lagi 'bersuluh', perumpamaan yang tepat menjangkau perihal 'permusuhan terbuka' antara Perdana Menteri dan Timbalannya yang jela Walaupun calon 'restu Umno', P Kamalanathan menang bagi pihak Barisan Nasional, namun hakikatnya kemenangan sebenar dijaja oleh media arus perdana sebagai kemenangan Dato' Seri Najib Tun Razak |
Beberapa hari sebelum Najib turun padang bersama bekas gurunya, Tun Mahathir Mohamad, Najib ada berseloka dengan Hulu Selangor sebagai referandum kepada sokongan pentadbirannya.
Referandum itu memecah keseronokan Tan Sri Muhyiddn Yassin yang sejak dari awal mengemudi kempen Umno/BN di Hulu Selangor dengan momentum serangan peribadi yang akhirnya membuka pekung kepimpinan Umno/BN semula.
Tatkala Muhyiddin membelah kempen dengan serangan kepada calon KeADILan, Dato' Zaid Ibrahim dengan isu 'arak', kiasan balas akhirnya membias semula kepada Umno/BN apabila, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali "semua perdana menteri Malaysia kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.
"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.
"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya Mustafa Ali ketika kempen PRK Hulu Selangor masih diperingkat permulaan.
Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."
"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.
Kiasan yang dilontarkan Mustafa mengena kepada Umno/BN, namun ironinya mengapa Muhyiddin melontarkan sedemikan sedangkan beliau sendiri pastinya tahu akan 'rekod' minum-minum, dan 'joli-joli' pemimpin BN.
Tidak dapat dinafikan, ketika kempen pilihan raya semakin rancak dengan isu arak dan judi, perbahasan di Dewan Rakyat sama rancak dengan isu tersebut apabila Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang mencabar semua menteri BN bersumpah menafikan bahawa mereka tidak minum arak.
Cabaran Kit Siang langsung tidak tersahut oleh pimpinan Umno/BN mahupun Perdana Menteri sendiri. Malah kiasan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar bahawa 'sandiwara' di Hulu Selangor membayangkan adanya keretakan hubungan antara Najib-Muhyiddin membuka semula ruang perbincangan.
Ingat sahaja sejarah beberapa pilihan raya kecil yang lalu, tidak pernah Perdana Menteri selaku Pengerusi BN menjamahkan kaki berkempen bagi calon BN kerana secara 'rasminya' timbalannya akan menjadi 'kepala' kempen BN.
Namun, ada sumber yang menyebut, kebimbangan Najib terhadap Timbalannya yang mungkin 'tumbuk rusuk' menyebabkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rismah Mansor terpaksa turun padang menyertai kempen di Hulu Selangor.
Masakan gambar aksi 'cium tangan' yang berlaku antara Kamalanathan dengan Muhyiddin tidak memberi kesan kepada Najib yang akhirnya mencuri baki kempen dengan laungan referandum kepadanya.
Sejarah kejatuhan Tun Abdullah pada tahun 2009 sendiri amat membimbangkan Najib kerana Muhyiddinlah yang sangat-sangat bersungguhan untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu dan dengan sedikit sahaja sentuhan kata-kata keramat dari Muhyiddinlah yang menyebabkan seluruh ahli Umno mendesak pengunduran segera Abdullah. Jadi, Najib tentunya berwaspada dan curiga dengan keupayaan Muhyiddin itu yang dibimbangi akan menjatuhkannya pula.
Peranan Muhyiddin yang sering melanjutkan 'bola tanggung' yang dihantar Tun Mahathir Mohamad ketika menjahanamkan pemerintahan Abdullah adalah 'bayangan maut' yang sentiasa membayangi Najib.
Masakan sejarah tidak boleh berulang, namun Najib agak bijak bertindak dengan menggunakan pengaruh Mahathir dan Rosmah menjadikan Hulu Selangor ladang memulakan 'sekatan' ke atas Muhyiddin.
Ada benarnya telahan Kit Siang sebelum ini, adanya pergeseran antara Najib-Muhyiddn kerana Hulu Selangor saksi pertembungan terbuka orang nombor satu dan dua negara ini.
Kemenangan ayam tambatan Muhyiddin (Kamalanathan) sedikitpun tidak memberi makna kepada Timbalan Presiden Umno itu, sebaliknya Najib dijulang sebagai wira oleh akhbar yang sepenuhnya dikuasai Umno/BN dan kini Rosmah!.
Jadi kita tunggu dan lihatlah tindakbalas dari Muhyiddin bagaimana beliau melaksanakan perancangannya untuk menjatuhkan Najib dari singgahsana.