Saturday, April 24, 2010

PRK HULU SELANGOR adalah merupakan petanda bermulanya penentangan ahli-ahli UMNO di seluruh negara terhadap NAJIB.


Ianya berhubungkait dengan pemilihan P.Kamalanatahan sebagai calun BN dalam PRK ini. Pemilihannya sebagai calun telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMno di seluruh negara kerana Najib dengan beraninya, dengan kuasanya sebagai presiden Umno telah mengenepikan EMPAT ORANG LAGI CALUN DARI UMNO untuk memberi laluan kepada MIC.


Tindakan Najib itu semestinya disokong oleh Muhyiddin, kerana ianya akan memudahkan laluan untuknya menjadi presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. sebarang kelemahan Najib akan memberikan keuntungan kepadanya.

PETANDA UJUDNYA PUAK-PUAK DALAM UMNO


NAJIB  memberikan tepukan semangat kepada orang ramai yang hadir pada Himpunan Rakyat 1Malaysia  di Taman  Bunga Raya Bukit Beruntung, malam tadi. Hadir sama ialah isteri beliau,  Rosmah (tengah), Muhyiddin  dan isteri, Norainee (tiga kiri) serta  Dr Mahathir  dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat (dua kiri). Turut sama, calon BN,  Kamalanathan.
NAJIB memberikan tepukan semangat kepada orang ramai yang hadir pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, malam tadi. Hadir sama ialah isteri beliau, Rosmah (tengah), Muhyiddin dan isteri, Norainee (tiga kiri) serta Dr Mahathir dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat (dua kiri). Turut sama, calon BN, Kamalanathan.
Kepemimpinan berusaha gigih capai Wawasan 2020: PM


HULU SELANGOR 24 April – Buat pertama kalinya dalam kempen pilihan raya kecil tiga pemimpin utama negara berada di atas satu pentas berkempen untuk mendapatkan simpati dan undi rakyat.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka hadir pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bukit Beruntung di sini malam ini sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok.



Persoalannya: Kenapa ketiga-tiga pemimpin ini berada dalam satu pentas PRK. Bukankah ianya sesuatu yang aneh dan janggal? Bukankah tenaga mereka diperlukan untuk berkempen di pentas-pentas lain yang digerakkan untuk memenangi hati pengundi dalam PRK itu? Atau adakah ianya untuk menunjukkan ketiga-tiga pemimpin ini bersama, bersatu hati, mempunyai wawasan yang sama,bermimpi yang sama dan cara bertindak yang sama? atau ianya perlu untuk membantu Najib yang kelihatan lemah dan tidak berupaya?



Bukankah sekiranya mereka digerakkan secara berasingan dalam PRK itu ianya lebih berkesan dan menyeluruh dalam usaha untuk memenangi hati pengundi? Bukankah begitu?


Maka perkara yang berlaku itu menunjukkan kemungkinan-kemungkinan berikut:-

1. Terdapat perbezaan yang besar diantara ketiga-tiga pemimpin itu dari segi wawasan, polisi asas hubungan dengan rakyat, cara pelaksanaan kerja dan sebagainya.

2. Ujudnya puak-puak dalam UMNO yang berjuang untuk idealisme yang berbeza.

3. Ujudnya kumpulan-kumpulan itu kerana tingkahlaku moral yang berbeza. Yang jelasnya kumpulan Muhyiddin adalah kumpulan yang moral peribadinya lebih baik dari kumpulan Najib. contohnya siapa tak kenal Najib, Jamaludin Jarjis, Hishamudin dan lain-lain.

4. Ujudnya kumpulan ketiga yang rindukan cara kerja Mahathir yang mengutamakan pencapaian ekonomi dan kestabilan harga barangan. Jumlahnya amat besar sekali. Kegagalan Najib menstabilkan harga minyak, tambang bas, harga gandum dan sebaginya menyebabkan rakyat resah dan mula memberontak termasuklah wakil-wakil rakyat dari UMNO sendiri. Kegagalan najib itu menyebabkan mereka rindukan sentuhan Mahathir dan ianya bermakna era kejatuhan najib pun bermula.


Apatah lagi dengan kegopohan Najib untuk menghasilkan slogan-slogan baru yang sememangnya membazir dan tidak berfaedah. Itulah kesilapan Najib. Membuat sesuatu yang dia sendiri tidak tahu dan arif. Bukankah ianya lebih baik jika Najib tidak memperkenalkan dasar-dasar baru dan slogan-slogan baru?


Apa yang diperlukan oleh rakyat dan juga dikehendakki oleh pemimpin-pemimpin pelapis UMNo ialah memperbaikki kesilapan dan kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa era PM yang terdahulu bukannya memperkenalkan sesuatu yang baru!


Contohnya Dasar Bumi Hijau, DEB, WAWASAN 2020 dan banyak lagi dasar adalah cukup menarik rakyat untuk memberikan sokongan kepada kerajaan. Cuma yang diperlukan ialah penambahbaikkan cara pelaksanaannya untuk memastikan dasar itu tercapai dan mencapai matlamatnya.


Jika rakyat menolak dasar-dasar tersebut, ianya hanyalah bersifat sementara sahaja, rakyat akan menerima semula dasar-dasar itu sekiranya cara pelaksanaan diperbetulkan! Rakyat hanya menolak dasar-dasar tersebut, akibat penyelewengan yang berlaku dalam melaksanakan dasar-dasar itu bukannya dasar-dasar itu sendiri tidak baik atau pun tidak memberikan apa-apa makna atau kosong.


Yang tidak dikehendakki dan perlu dibuang adalah dasar-dasar pimpinan dahulu dan sekarang yang tidak mempunyai sebarang makna dan membazir! Contohnya Islam Hadhari dan dasar 1 Malaysia. Apa maknanya? Apa kepentingannya memperkenalkan dasar-dasar ini? Hanya membazirkan masa, tenaga dan duit sahaja!


Sepatutnya Najib memperbetulkan cara pelaksanaan DEB untuk memastikan pencapaian matlamat DEB itu, memastikan bumiputera mencapai ekuiti 30 peratus ekonomi negara, mengurangkan jurang perbezaan antara golongan miskin dengan golongan yang kaya tanpa mengira kaum dan bangsa dan memastikan pencapaian lain-lain matlamat.


Begitu juga Najib seharusnya meneliti kenapa WAWASAN 2020 menampakkan tanda-tanda ianya sukar dicapai. Najib mesti kaji sebab-sebabnya. Barulah tindakan pembetulan dapat dilakukan. Mungkin ianya dapat dicapai dengan melakukan perubahan dalam sistem pendidikan negara, dengan memperbanyakkan sekolah-sekolah aliran vokasional dan teknikal, pengambilan pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memasukkki aliran teknikal bukannya pelajar-pelajar yang lemah akademiknya, membuat proses penukaran sekolah biasa menjadi sekolah vokasional dan teknik untuk membolehkan lebih ramai pelajar memasukkinya dan seterusnya menghasilkan pelajar yang mampu memilikki kemahiran tinggi dan bukannya hanya membiarkan pelajar-pelajar belajar dialiran bukan teknikal.


Begitu juga sebab-sebab lain yang menghalang pencapaian wawasan 2020 hendaklah dikaji. Contohnya pengambilan pekerja-pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dalam industri elektronik dan tekstil pastinya hanya merencatkan pencapaian wawasan 2020.


Itulah caranya untuk Najib menunjukkan kehebatan dan kebolehannya memimpin negara. Iaitu dengan cara memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang telah berlaku, memperbetulkan cara-cara pelaksanaanya bukannya dengan membuang segala dasar-dasar yang sedia ada tetapi dengan melakukan penambahbaikan cara-cara pelaksanaan dasar-dasar yang sedia ada itu.


Membuang dasar-dasar yang sedia ada menunjukkan anda pemimpin yang lemah dan tidak berkebolehan. Bukannya tidak boleh buat dasar-dasar baru tu, tetapi yang lama itu hendaklah diperbetulkan dahulu, dicapai dahulu! lepas itu barulah boleh perkenalkan dasar baru!


Oleh kerana sibuk dengan memperkenalkan dasar-dasar baru, slogan-slogan baru, kempen-kempen baru menyebabkan sekelian rakyat tertanya-tanya. Apakah najib tahu apa yang dia buat tu? rajin tu memanglah rajin, tapi dia tak tahu apa yang dia buat tu. Kemana hala tujunya dia pun tak tahu! Apa yang dia buat tu boeh menyebabkan negara berada dalam ambang bahaya! dan sekiranya berlaku sesuatu malapetaka kewangan, pastinya amat-amat bahaya dan tidak dapat diselamatkan!


Bak kata slogan PPES,

Having knowledge without doing something is useless!

But doing something without knowledge is dangerous!


Oleh kerana kegagalan Najib melakukan penambahbaikan dan pembetulan terhadap dasar-dasar yang telah diasaskan oleh perdana-perdana menteri sebelum ini, ianya menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Najib. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri pun hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula Najib tidak mempercayai dirinya sendiri yang beliau mampu memperbetulkan kesilapan dan kesalahan dalam cara pelaksanaan dasar-dasar terdahulu. Kalau Najib percayakan dirinya sendiri, pastinya Najib tidak akan memperkenalkan dasar-dasar dan slogan-slogan baru yang menyebabkan dirinya terjerat dan hilang keyakinan dari pelbagai pihak.


Akibat kegagalan Najib itulah menyebabkan rakyat kerinduan terhadap sentuhan semula Dr. Mahathir dan begiu jugalah beberapa pemimpin UMNO sendiri. Ada yang pergi kearah Mahathir dan ada juga yang menghampiri Muhyiddin. Jadi ujudlah puak-puak Mahathir dan juga Muhyiddin. Salahnya adalah salah Najib sendiri! Ianya bukanlah kerana Mahathir ataupun Muhyiddin ingin mengujudkan puak-puak mereka tetapi kelemahan Najib begitu ketara dan puak-puak itu ujud tanpa dirancang oleh sesiapa pun. Ianya ujud kerana kelemahan Najib!


Sesungguhnya Najib makin hari, makin lemah. Ini adalah kerana semakin ramai pemimpin-pemimpin UMNO menjauhkan diri darinya. Ini dapat difahami, kerana mereka semakin kecewa dengan tindak tanduk Najib! Jika berada lebih lama dengan Najib, pemimpin-pemimpin UMNO itu pula yang akan kehilangan sokongan dari akar umbi dan memusnahkan kerjaya politik mereka.


Kalau yang masih tinggal bersama dengan Najib ialah pemimpin-pemimpin yang lemah dan tak berwibawa seperti Mohd Nor Yakcop dan Mashitah Ibrahim.


Kumpulan Muhyiddin memang mempunyai banyak kekuatannya. Contohnya dari segi moralnya tidaklah begitu banyak masalah berbanding dengan puak Najib. Kalau hendak dicakapkan dari segi rasuah, semuanya sama tetapi itu lain cerita. Dari segi kewibawaan, kebolehan bekerja, kebijaksanaan membuat keputusan, kumpulan Muhyiddin jauh meninggalkan kumpulan Najib.


Tambahan pula kumpulan Muhyiddin dilihat boleh bersatu dengan kumpulan Mahathir tanpa masalah apatah lagi kemungkinan Mahathir mengetuai semula kepimpinan UMNO amatlah tipis dan dijangka dengan itu akan meminta Muhyiddin untuk mengetuai usaha memperkuatkan semula UMNO dan tentunya Mahathirlah yang akan jadi mentornya! Tidak seperti Najib yang melupakan terus Mahathir dan mengabaikan segala pandangan Mahathir!.


Oleh kerana puak-puak yang tidak berpuas hati dengan najib ni makin hari makin ramai, tambahan pula dengan kesilapan terkini mengenepikan calun UMNo daribertanding di kawasan Parlimen Hulu Selangor, maka era kejatuhan najib bermula disini dan peluang Muhyiddin untuk naik menjadi presiden UMNO makin cerah dan makin menghampirinya. kekuatan Mahathir menjadi pendokong untuk Muhyiddin berkuasa dan menjadi orang nombor satu bukannya lagi orang nombor dua.


Muhyiddin mungkin jadi lebih kuat sekiranya ia dapat menyatukan Mohd Taib dan Ali Rustam bersama-samanya didalam satu saf untuk mengambil alih kepimpinan negara dari Najib. Lihatlah dimana-man kekuatan kumpulan Muhyiddin begitu nyata, manakala kelemahan najib begitu ketara hatta di pahang sekalipun, sokongan terhadap najib kian pudar dan semakin pudar.


MAHATHIR MULA SERANG NAJIB!


INIKAH PEMIMPIN KITA?


2010/05/03

NAJIB menikmati minuman kopi bersama (dari kiri) Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; calon BN pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Pengerusi SUPP Bahagian Sibu yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh; Adun Pelawan, Vincent Goh; dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Douglas Unggah Embas ketika melawat Bazar Sungai Merah, di Sibu, semalam.
NAJIB menikmati minuman kopi bersama (dari kiri) Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; calon BN pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Pengerusi SUPP Bahagian Sibu yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh; Adun Pelawan, Vincent Goh; dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Douglas Unggah Embas ketika melawat Bazar Sungai Merah, di Sibu, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun memulakan serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak dengan meminta PM itu menjelaskan persetujuan dengan Brunei mengenai persempadanan semula darat dan laut pada Mac 2009 yang menguntungkan Brunei.

Dr Mahathir juga turut meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion itu, yang diserahkan kepada Brunei tanpa pengetahuan Petronas.


Najib berkata, walaupun menyedari perjanjian itu menyebabkan konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei, Malaysia telah memberi persetujuan kerana adanya peluang dan peranan yang boleh diraih oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas).


Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika membuat penjelasan terhadap kenyataan Dr Mahathir, berkata perjanjian berhubung tuntutan dan pertindihan sempadan antara kedua-dua negara pada 16 Mac 2009 tidak merugikan Malaysia dari segi sumber pengeluaran minyak di kawasan itu.

Ini kerana walaupun kedaulatan untuk sumber di kawasan itu menjadi milik Brunei, perjanjian meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan terbabit untuk tempoh 40 tahun.


Permusuhan Muhyiddin - Najib semakin membesar selepas kemenangan di Hulu Selangor!

Posted on Sunday, May 02 @ 08:32:13 PDT by paktam

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

'Sudah terang lagi 'bersuluh', perumpamaan yang tepat menjangkau perihal 'permusuhan terbuka' antara Perdana Menteri dan Timbalannya yang jelas kelihatan ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Walaupun calon 'restu Umno', P Kamalanathan menang bagi pihak Barisan Nasional, namun hakikatnya kemenangan sebenar dijaja oleh media arus perdana sebagai kemenangan Dato' Seri Najib Tun Razak


Beberapa hari sebelum Najib turun padang bersama bekas gurunya, Tun Mahathir Mohamad, Najib ada berseloka dengan Hulu Selangor sebagai referandum kepada sokongan pentadbirannya.

Referandum itu memecah keseronokan Tan Sri Muhyiddn Yassin yang sejak dari awal mengemudi kempen Umno/BN di Hulu Selangor dengan momentum serangan peribadi yang akhirnya membuka pekung kepimpinan Umno/BN semula.

Tatkala Muhyiddin membelah kempen dengan serangan kepada calon KeADILan, Dato' Zaid Ibrahim dengan isu 'arak', kiasan balas akhirnya membias semula kepada Umno/BN apabila, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali "semua perdana menteri Malaysia kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya Mustafa Ali ketika kempen PRK Hulu Selangor masih diperingkat permulaan.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Kiasan yang dilontarkan Mustafa mengena kepada Umno/BN, namun ironinya mengapa Muhyiddin melontarkan sedemikan sedangkan beliau sendiri pastinya tahu akan 'rekod' minum-minum, dan 'joli-joli' pemimpin BN.

Tidak dapat dinafikan, ketika kempen pilihan raya semakin rancak dengan isu arak dan judi, perbahasan di Dewan Rakyat sama rancak dengan isu tersebut apabila Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang mencabar semua menteri BN bersumpah menafikan bahawa mereka tidak minum arak.

Cabaran Kit Siang langsung tidak tersahut oleh pimpinan Umno/BN mahupun Perdana Menteri sendiri. Malah kiasan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar bahawa 'sandiwara' di Hulu Selangor membayangkan adanya keretakan hubungan antara Najib-Muhyiddin membuka semula ruang perbincangan.


Ingat sahaja sejarah beberapa pilihan raya kecil yang lalu, tidak pernah Perdana Menteri selaku Pengerusi BN menjamahkan kaki berkempen bagi calon BN kerana secara 'rasminya' timbalannya akan menjadi 'kepala' kempen BN.


Namun, ada sumber yang menyebut, kebimbangan Najib terhadap Timbalannya yang mungkin 'tumbuk rusuk' menyebabkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rismah Mansor terpaksa turun padang menyertai kempen di Hulu Selangor.


Masakan gambar aksi 'cium tangan' yang berlaku antara Kamalanathan dengan Muhyiddin tidak memberi kesan kepada Najib yang akhirnya mencuri baki kempen dengan laungan referandum kepadanya.


Sejarah kejatuhan Tun Abdullah pada tahun 2009 sendiri amat membimbangkan Najib kerana Muhyiddinlah yang sangat-sangat bersungguhan untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu dan dengan sedikit sahaja sentuhan kata-kata keramat dari Muhyiddinlah yang menyebabkan seluruh ahli Umno mendesak pengunduran segera Abdullah. Jadi, Najib tentunya berwaspada dan curiga dengan keupayaan Muhyiddin itu yang dibimbangi akan menjatuhkannya pula.


Peranan Muhyiddin yang sering melanjutkan 'bola tanggung' yang dihantar Tun Mahathir Mohamad ketika menjahanamkan pemerintahan Abdullah adalah 'bayangan maut' yang sentiasa membayangi Najib.


Masakan sejarah tidak boleh berulang, namun Najib agak bijak bertindak dengan menggunakan pengaruh Mahathir dan Rosmah menjadikan Hulu Selangor ladang memulakan 'sekatan' ke atas Muhyiddin.


Ada benarnya telahan Kit Siang sebelum ini, adanya pergeseran antara Najib-Muhyiddn kerana Hulu Selangor saksi pertembungan terbuka orang nombor satu dan dua negara ini.


Kemenangan ayam tambatan Muhyiddin (Kamalanathan) sedikitpun tidak memberi makna kepada Timbalan Presiden Umno itu, sebaliknya Najib dijulang sebagai wira oleh akhbar yang sepenuhnya dikuasai Umno/BN dan kini Rosmah!.


Jadi kita tunggu dan lihatlah tindakbalas dari Muhyiddin bagaimana beliau melaksanakan perancangannya untuk menjatuhkan Najib dari singgahsana.